Tonton Sara Sajeeda Full Episod


Sara Sajeeda
  • Updated on 15-10-2019 15:10 PM by MyVOD | 1863 Views

  • Nantikan drama bersiri Sara Sajeeda mengandingkan bintang Malaysia dan Pakistan iaitu Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Drama 30 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Akan disiarkan bermula 3 Oktober setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

    TAJUK

    SARA SAJEEDA

    EPISOD : 30 Episod
    MULA TAYANGAN : 3 Oktober 2019
    WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
    SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
    SKRIP : Syed Muhammad Taufik & Sofia J Rhyland
    ARAHAN : Eoon Shuhaini, Feroz Kader, Rizwan Zaman
    PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Shasha Abedul, Sofia Ibrahim, Ali Reza, Hanna Halim

    WATAK PELAKON
    Tiz Zaqyah sebagai Sara
    Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
    Anmol Baloch sebagai Sajeeda
    Fahrin Ahmad sebagai Megat
    Fouziah Gous sebagai Nelissa
    Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
    Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
    Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
    Alif Muhaimin sebagai Khalif
    Jasper Supayah sebagai Rita

    Sinopsis

    Menceritakan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

    Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

    Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

    Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

    Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.

    Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

  • Senarai Episod Sara Sajeeda

Opsss Terpikat Cik Sombong

Popular Videos

Lelakimu Yang Dulu

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul dit...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Demi Rindumu

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin...

Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal ...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved