Tonton Lelakimu Yang Dulu Full Episod


Lelakimu Yang Dulu
  • Updated on 16-10-2019 12:10 PM by MyVOD | 16997 Views

  • Drama terbaru menerusi saluran TV3 di slot Akasia berjudul Lelakimu Yang Dulu bakal ditayangkan bermula pada 19 september sebaik sahaja tamat drama Kau Yang Pertama. Drama ini menampilkan pelakon Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad sebagai pelakon utama dan pelakon lain yang turut membantu menjayakan drama ini adalah Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim dan ramai lagi.

    Drama ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel yang dihasilkan oleh Farah Darianna.

    TAJUK

    LELAKIMU YANG DULU

    TARIKH MULA TAYANG : 19 September 2019 / 7 PM
    EPISOD : 28 Episod
    SLOT : Akasia
    SALURAN : TV3
    SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
    ARAHAN : Eoon Shuhaini
    TERBITAN PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab

    Sinopsis

    Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

    Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

    Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

    Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

  • Senarai Episod Lelakimu Yang Dulu

Lelaki Kiriman Tuhan

Popular Videos

Lelakimu Yang Dulu

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul dit...

Seribu Rindu

Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Ha...

Dari Kekasih Kepada Kekasih

Mengisahkan Hattan, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah.

...
Hayat

Mengisahkan tentang seorang suami yang diuji oleh Allah dengan kesenangan yang melimpah ruah tatkala hidup...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved