Tonton All Star Buka Panggung Full Episod


All Star Buka Panggung
  • Updated on 12-10-2019 00:10 AM by MyVOD | 7537 Views

  • Astro Warna dengan berbesar hati melancarkan program ‘All Stars Buka Panggung’ yang merupakan sebuah pertandingan stagecom (komedi pentas) berkonsepkan realiti yang menampilkan nama-nama besar industri lakonan tempatan yang dicabar untuk mencuba nasib dalam seni komedi improv.

    Bermula 6 September 2019 ini, ‘All Stars Buka Panggung’ bakal menyerikan saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124) secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, ia boleh distrim secara langsung menerusi platform digital Astro GOdan ‘On Demand’.

    Keunikan program ini terletak pada formatnya di mana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh dengan elemen kejutan. 

    Ini adalah kerana para peserta tidak akan diberikan sebarang pembayang mengenai situasi dan set sketsa di sebalik tirai tetapi mereka hanya akan mengetahui situasi tersebut di saat tirai dibuka dan apabila mereka melangkah masuk ke dalam set sketsa di pentas ‘All Stars Buka Panggung’.

    Dalam erti kata lain, tanpa sebarang skrip disediakan, peserta perlu mengadaptasi kepada situasi yang ditugaskan dan membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon.

    Menggalas tugas hos adalah Ajak dan Shahrul dari kumpulan Shiro yang pernah meraih takhta juara bagi program ‘Raja Lawak Musim Ke-6’ pada tahun 2012 dan ‘Maharaja Lawak Mega’ pada tahun 2018.

    Mereka dipilih atas kebolehan mereka membuat jenaka secara bersahaja dan ‘natural’, selari dengan konsep ‘All Stars Buka Panggung’.

    Bersandarkan kepada tagline, ‘Katakan Tidak Kepada Skrip!’, penjurian bagi program ini adalah 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara dalam talian. Audiens di dewan dan di rumah boleh mengundi dengan melayari www.gempak.com/allstarsbukapanggung. Menarik lagi, setiap pengundi hanya diberikan10 undian sahajapada setiap minggu.

    Untuk 5 minggu berturut-turut, barisan pelakon hebat ini akan berentap sesama mereka untuk merebut gelaran Juara Mingguan yang akan menerima sebuah trofisebagai ganjaran. Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir. Hanya 4 orang pesertasahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!

    ALL STAR BUKA PANGGUNG

    TARIKH MULA : 6 September 2019 / 9 PM

    SALURAN : Astro Warna & Warna HD

    Senarai Selebriti All Star Buka Panggung!

    MINGGU PERTAMA - Datuk Aaron Aziz Datin Seri Umie Aida Naim DanielLiyana Jasmay
    MINGGU KEDUA - Datuk Rosyam Nor Datin Diana Danielle Fizo Omar Farahdhiya
    MINGGU KETIGA - Fahrin Ahmad Zulhuzaimy Sharifah Sakinah Sweet Qismina
    MINGGU KEEMPAT - Datuk Fizz Fairuz Johan As’ari Rita Rudaini Ruhainies
    MINGGU KELIMA - Fauzi Nawawi Izzue Islam Noorkhiriah Mona Allen

  • Senarai Episod All Star Buka Panggung

Puteri Yang Ditukar

Popular Videos

Lelakimu Yang Dulu

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul dit...

Demi Rindumu

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin...

Opsss Terpikat Cik Sombong

Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang...

Mr Grey

Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi meluk...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved